Wednesday 26 February 2014

Merentas Desa SMKIS 2014


Pada 25 Februari 2014 (Selasa) telah diadakan acara  Merentas Desa Peringkat Sekolah. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan dan melibatkan semua warga SMKIS termasuk pelajar tingkatan 6. Acara ini bermula jam 2.30 petang di Dataran Minda dan berakhir di Dewan SMK Iskandar Shah. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dan yang tidak berjaya usaha lagi untuk tahun hadapan. Johan keseluruhan bagi tahun ini adalah rumah Syahbandar, diikuti oleh Laksamana, Temenggung dan Bendahara.
   



                                                                                                                                                             

Wednesday 19 February 2014

Majlis Pelantikan Pemimpin Muda

     
Majlis Pelantikan Pemimpin Muda SMK Iskandar Shah telah diadakan pada 18 Februari 2014 (Selasa) jam 3.00 petang di Dewan SMK Iskandar Shah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Inspektor Hj Aminuddin bin Hj Idris, Ketua Polis Balai Jasin. Turut hadir bersama ialah Tn. Hj Muslim bin Md Shah (YDP PIBG SMK Iskandar Shah) dan Inspektor Mohd Agmi bin Abd. Wahab (Pegawai Perhubungan Sekolah).
         Matlamat progaram ini ialah melahirkan pemimpin yang berwibawa dalam kalangan pelajar supaya mampu untuk memimpin dan menggerakkan ahlinya sebagai satu badan khidmat sokongan yang disegani dan dihormati, serta berupaya membantu pihak sekolah melahirkan generasi pelajar yang cemerlang. Tema progaram 'KEPIMPINAN BERWIBAWA , SEKOLAH GEMILANG'

KLIK SINI--> Gambar lagi.

Thursday 13 February 2014

Apa itu Multimedia.

Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.

Tuesday 11 February 2014

Carta Organisasi 2014

CARTA ALIRAN ORGANISASI KELAB MULTIMEDIA 2014


PENGERUSI :  


SITI AISYAH BT, MUSTAFA 



NAIB PENGERUSI : 


PUTERI NURSHAZLIN BT. ZAINUDDIN



SETIAUSAHA :


ATHIRA AINA BT. MUSTAFA 



NAIB SETIAUSAHA :


NOR FAJIRIN BT. MOHD HERI



BENDAHARI :


NUR ATIQAH BT. MOHAMMAD